:
PENGENALAN


Pengenalan

Sekolah Menengah Tahfiz Harapan (SMETH) merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang berorientasikan agama, akademik dan tahfiz.

Kurikulum pengajian yang ditawarkan adalah mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Sekolah ini juga berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz AL-Quran Negeri Selangor (PITAS).

Penubuhannya juga adalah bagi memenuhi keperluan pendidikan dan salah satu alternatif kepada pelajar untuk mendalami ilmu dengan menjadikan Al-Quran sebagai asas pembelajaran.

Kami menawarkan sesi persekolahan dari Tingkatan 1 hingga 5 (PMR/PT3, SMA, SPM).